Burung ini sering dapat dilihat terbang dari pohon ke pohon untuk mencari makanan. Terbangnya tidak laju. Jika nak dibandingkan ia cuma terbang laju sedikit dari daun kering yang gugur ditiup angin.
Ia diberi nama merbah kunyit kerana warna bulunya yang kuning terang. Terdapat keborekan bulu di bahagian sayap. Saiznya lebih kurang sama dengan burung cak rumah namun ia tidak pula di panggil dengan nama "cak" atau "ciak". Namun warna bulunya tidaklah 100 peratus seperti warna kunyit kerana warna kunyit mirip kepada oren.
Merbah kunyit sering hinggap di pepohon rendah iaitu pepohon dalam ketinggian 15 kaki. Dapat diketahui kehadirannya daripada bunyinya yang lebih kurang begini,”krekkkkkk……….krekkkkkkk”. Diperhatikan kehadiran merbah kunyit di sesuatu kawasan atau "pulau" adalah dalam bilangan yang kecil tidak seperti cak pipit, cak menggala (jelatek) atau cak raya (tempua). Ia merupakan pemastautin tetap bagi sesuatu kawasan.
Makanannya ialah buah²an masak serta ulat².
Perhatikan beberapa gerak gerinya yang menarik yang dapat saya rakamkan di Bagan Serai, Perak baru² ini.