Tuesday, February 9, 2010

Burung-burung Sawah : Burung Punai

Serangkap pantun tradisi yang dapat dikaitkan dengan burung punai berbunyi seperti berikut:

Dari mana punai melayang,
Dari Sawah turun ke padi,
Dari mana datangnya sayang,
Dari mata turun ke hati.


Apabila disebut nama burung punai, banyak orang akan tersenyum. Tersenyum kerana di kotak fikiran mereka nama itu membawa dua makna. Satu, burung punai itu sendiri dan kedua, kemaluan anak lelaki (loi). Tak tahulah apa istimewanya "punai" itu mahu disamakan dengn "loi".

Berbulu cantik warna hijau gelap membuatkan burung punai sukar dilihat. Ukuran badan macam saiz merpati atau mungkin sedikit kecil. Terbangnya laju dan boleh dikatakan liar yakni jika ternampak kelibat manusia ia akan terbang. Punai gemar memakan buah². Daging punai dikatakan sedap rasanya tetapi saya sendiri seingat saya belum pernah berpeluang mencubanya. Ini disebabkan jarang saya terjumpa punai dan untuk melastiknya agak mustahil mengenai sasaran. Kebanyakan punai diperolehi dengan secara menembak menggunakan senapang patah. Sebagai budak² mana nak ada senapang!

Burung-burung Sawah : Pekaka/Raja Udang

Pagi Khamis 01/10/2009, lebih kurang jam 7.00 pagi, malang tidak berbau bagi seekor spesis Raja Udang atau Pekaka yang telah jatuh tersepuk lalu mati di atas lantai setelah melanggar dinding cermin kedai kami. Ini gambar²nya. Warna bulu, paruh serta kakinya cukup menarik.

Foto Burung Pekaka Mas ehsan drp http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/kuliah/manusia/malaysia_files/image013.jpg

Setahu saya ada tiga (3) jenis burung pekaka. Yang pertama ialah yang dipanggil Pekaka Mas (sila lihat gambar di atas). Yang kedua ialah Burung Pekaka Bah (pekaka yang berukuran badan terbesar diantara burung² pekaka - sila lihat gambar di bawah) dan yang ketiga ialah Burung Minti (pekaka yang berukuran badan terkecil di antara burung² pekaka seperti gambar burung mati di atas keyboard/tapak tangan).

Burung pekaka mempunyai pandangan mata yang terang, tajam serta timing yang accurate. Ini berdasarkan beberapa kali saya lihat sendiri bagaimana burung pekaka yang sedang hinggap di atas kabel elektrik menjunam ke dalam air di bawahnya dan berjaya menangkap ikan tanpa miss.

Teringat kepada seorang teman saya yang menggelar "pekaka putih" kepada gadis yang diminatinya. Baru hari ini saya tahu sebab mengapa dia gunakan istilah "pekaka putih". Sebabnya paruh pekaka berwarna merah ibarat gadis berkulit cerah yang berlipstik merah!


Foto ehsan Nordin Mohd. Noh

Burung-burung Sawah : Sebelum Magrib

Dalam klip video di bawah anda boleh lihat dan dengar betapa riohnya bunyi sekawan burung mala kerbau dan burung cak perlin ketika hampir waktu senja, tak tau apa puncanya mereka rioh rendah tu, buleh jadi berebut pokok untuk bermalam kot.

Sila on volume speaker anda kuat sikit kalau tak berapa jelas bunyinya!




Burung-burung Sawah : Burung Birit

Burung yang dalam gambar di atas ialah "burung birit". Itu panggilan kat kampung saya. Selalu saya perhatikan burung ini terbang dalam kumpulan yang mengandungi lebih kurang dua tiga puluh ekor sebelum kedatangan hujan. Burung ini berbunyi seperti ini "brit...brit...brit..."

Jika burung ini dilihat berterbangan dalam kumpulan maka
yang jelasnya kepada kita itu tandanya akan tiba musim hujan ataupun hujan lebat akan tiba tidak berapa lama lagi. Percayalah!