Burung kecil ini memakan buah menalu (dedalu?). Najis burung tet-tet mengandungi biji menalu biasanya terlekat pada dahan atau ranting kerana najis itu agak bergetah atau diselaputi getah. Getah tersebut sememangnya semulajadi wujud di sekeliling biji menalu.
Ranting, daun dan buah.
Tak berapa lama selepas itu biji menalu itu akan mula tumbuh dan membesar menjadi pokok menalu dewasa yang seterusnya membekalkan makanan kepada burung tet-tet.
Seringkali burung tet-tet lah yang menjadi pembiak kepada tumbuhan menumpang yang dipanggil dedalu/menalu. Dedalu hidup menumpang di pohon lain hingga menyebabkan pohon yang ditumpanginya mati. Kita manusia hendaknya janganlah jadi demikian.
Jika anda nak tau samada itu burung tet² atau burung cak lain, pasang telinga dengar bunyinya,
jika bunyinya "tet..tet.." maka tak salah lagi itulah tet-tet sebenar.
Jika anda nak tau samada itu burung tet² atau burung cak lain, pasang telinga dengar bunyinya,
jika bunyinya "tet..tet.." maka tak salah lagi itulah tet-tet sebenar.