KL Bird Park (KLBP) bukanlah tempat kecil kerana ia merupakan salah sebuah taman burung terbesar di dunia. Berada sejam dua di KL Bird Park bukan bermakna bahawa anda telah dapat melihat sepuasnya burung-burung di sana.
Saya sendiri sudah beberapa kali ke sana untuk mengambil gambar berbagai burung tapi saya lebih tertumpu kepada burung-burung kecil seperti merbah, murai, punai dan lain-lain. Burung-burung air juga menarik perhatian namun burung ruak-ruak mahupun ayam-ayam setelah puas saya memerhatikan disegenap ceruk serta semak-semak di kawasan berair KLBP, burung itu confirm tidak ada. Sudah tiba masanya pihak KLBP menambah atau mengganti (jika burung-burung itu tidak disedari sudah mati) koleksi burungan yang saya sebutkan tadi, juga jangan dilupakan burung sintar.
Bayaran masuk cuma RM15.00** untuk dewasa bagi warga Malaysia. Untuk pelancung bayarannya jauh-jauh lebih mahal.
Bayaran masuk cuma RM15.00** untuk dewasa bagi warga Malaysia. Untuk pelancung bayarannya jauh-jauh lebih mahal.
Berikut ini ialah beberapa gambar yang saya telah rakamkan namun tidak semua gambar cantik memuaskan hati kerana maklum saja saya baru saja menceburi bidang fotografi burung manakala peralatan yang digunakan sekadar yang saya ada.
Belum dapat tahu apa namanya member di sebelah ni, dia ada misai dan ada janggut pula tuu.
Belibis :
Belibis
Belibis
Belibis :
Merupakan burung yang paling santai jika dibandingkan dengan burung-burung lain yang terbang ke sana terbang ke sini resah gelisah. Mungkin kehidupan belibis di air dapat menyejukkan suasana!
Belibis
Belibis
diabadikan dalam setem Malaysia 50sen