Sunday, February 7, 2010

Burung-burung Sawah : Kuwau

Waktu pertama kali saya terlihat burung ini, ia datang hinggap di atas pokok bongor berdekatan dengan kediaman kami. Warnanya hitam dan mempunyai ekor yang agak panjang. Sudah pasti ia bukan burung helang atau gagak sebab bunyinya berbeza.........waktu itu tak berapa pasti bagimana bunyinya. Helang atau gagak berbunyi "ak...ak...."

Apabila dia ternampak saya sedang menenang kamera ke arahnya dia agak malu-malu sikit dan sembunyikan diri di sebalik ranting.

Saya tanyakan rakan-rakan ke sana ke mari, ada yang kata itu burung gagak. Setelah saya bertanya kepada seorang warga emas, dia memberitahu bahawa burung itu ialah burung kuwau. Selepas itu barulah saya perasan bunyinya kuwau....kuwau....

Kedatangan burung kuwau sering dikaitkan dengan kedatangan musim kemarau di utara tanahair. Tetapi tidak begitu pula nampaknya dengan keadaan di tempat tinggal saya di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, Selangor D E.

Kebanyakan kuwau yang saya lihat berbulu hitam. Tetapi terdapat juga kuwau berbulu kecoklatan berintik-rintik atau borek.

Saya mengandaikan bahawa yang berbulu borek itu ialah burung kuwau betina. Bunyinya berbeza (tak dapat saya nak menirunya ketika ini) dan ia tidak agresif seperti yang berbulu hitam. Seorang rakan saya secara berseloroh berkata itu mungkin burung kuwau jantan yang "lembut" ha ha ha.... sungguh tak disangka burung jantan pun ada juga yang lembut rupanya!
ha ha ha.

Satu hari ketika saya berjalan melalui di bawah sepohon mangga, sebiji buah seperti kelapa sawit (selepas ini saya namakan kelapa hiasan) telah gugur sipi-sipi mengenai kepala saya. Saya mendongak untuk melihat dari mana datangnya buah tersebut. Rupa-rupanya ia digugurkan oleh burung kuwau betina yang sedang hinggap di dahan mangga.

Bercakap mengenai burung kuwau ia begitu sinonim dengan kelantangan suara. Suara kuwau boleh didengar sehingga setengah (
½) km.

Sehubungan dengan kelantangan suara kuwau ini tidak mustahil jika ada di antara anda atau anak² anda yang mengalami masalah bila bercakap suara tak mahu keluar sepenuhnya, kerengkong banyak gelema (kahak) atau apabila bercakap di khalayak ramai (public speaking) selalu suara tak mahu keluar juga, kenapa tidak cuba memakan buah kelapa hiasan sebagai mengambil iktibar daripada cerita burung kuwau ini. Mungkin buah kelapa hiasan boleh menjadi penawarnya siapa tahu! Saya cadangkan anda tidak perlu memakan kesemua sekali buah kelapa tersebut, memadai dengan “menggisey” kulit/sabutnya di dalam mulut anda atau dikikis kulit/sabut dengan pisau, kemudian direbus dan minum airnya. InsyaAllah tak mabuk kot kerana kuwau yang memakannya juga masih berterbangan.

Seterusnya saya telah mengambil sebiji buah tersebut dan membelahnya dua. Kelihatan di dalamnya keras seperti isi pinang. Kemudiannya saya gunakan hujung lidah untuk merasakan isinya. Hmm, rasanya tidak seperti rasa kelapa tetapi sebaliknya rasa kelat seperti pinang.


Sewajarnya pokok ini dipanggil pokok pinang hiasan bukan kelapa hiasan.

Memandangkan rasanya yang kelat, buah ini boleh menyebabkan anda batuk jika dimakan. Kepada sesiapa yang mengidap penyakit lelah lebih baik usah dicuba memakan buah ini. Bahaya! Biar kuwau saja yang memakannya ha ha.

Bergurau kita bergurau juga tapi jikalau terdapat kemungkinan akan memerbahayakan kesihatan kita kena bagitau cepat
². Maka sekarang saya bagitau laa kepada para pembaca ha ha.

Burung-burung Sawah : Cak Uban

Hari ini saya nak cerita sikit mengenai burung pipit.

Keturunnan atau spesis burung pipit, tak kira la samada cak peci, cak uban atau cak pipit kepala hitam dijual di sebuah kedai burung dengan harga RM3.00 seekor. Kata penjaga kedai itu burung-burung kecil begini digunakan oleh orang Tionghua dalam upacara "semayang"..... barangkali untuk dilepaskan.

Burung-burung kecil ini biasanya di tangkap dengan menggunakan alat atau perangkap yang dinamakan jebak.

Orang tua-tua kata, jika kayu digunakan untuk menebang pohon kayu (maksudnya kapak yang digunakan untuk menebang pokok itu ulunya diperbuat daripada kayu) begitulah juga burung cak pipit denak digunakan untuk menangkap jenis burung yang sama.

Hendaknya kita manusia janganlah berkelakuan seperti burung denak kerana perbuatan denak mengajak rakan-rakannya memasuki perangkap adalah satu perbuatan yang kejam dan merupakan satu penganiyaan kepada rakan sebangsa dan agama.

Sesuai dengan panggilannya maka bulu burung Cak Uban di bahagian kepala adalah juga berwarna putih sementara bulu badannya pula berwarna coklat. Sila lihat gambar di bawah.

Saya terpaksa merakamkan gambar burung di dalam sangkar kerana sukar untuk menemui cak uban di tempat saya.

Teringat saya kepada satu ceramah di dalam kursus haji yang pernah saya hadiri 17 tahun (bersamaan 1992) yang lalu. Salah satu larangan sewaktu berihram ialah berburu. Ustaz mentafsirkan bahawa memelihara binatang liar di dalam sangkar adalah termasuk di dalam erti kata berburu. Jadi adalah wajar bagi jema’ah haji untuk melepaskan binatang liar peliharaannya seperti burung di dalam sangkar sebelum dia pergi mengerjakan ibadah haji.



Photobucket
Di dalam gambar di atas ialah burung Cak Peci sedang hinggap untuk memakan bunga rumput. Ia dinamakan Cak Peci kerana bunyinya peci....peci....