Friday, May 28, 2010

Burung-burung Sawah : Merbah Kunyit

Burung ini sering dapat dilihat terbang dari pohon ke pohon untuk mencari makanan. Terbangnya tidak laju. Jika nak dibandingkan ia cuma terbang laju sedikit dari daun kering yang gugur ditiup angin.

Ia diberi nama merbah kunyit kerana warna bulunya yang kuning terang. Terdapat keborekan bulu di bahagian sayap. Saiznya lebih kurang sama dengan burung cak rumah namun ia tidak pula di panggil dengan nama "cak" atau "ciak". Namun warna bulunya tidaklah 100 peratus seperti warna kunyit kerana warna kunyit mirip kepada oren.

Merbah kunyit sering hinggap di pepohon rendah iaitu pepohon dalam ketinggian 15 kaki. Dapat diketahui kehadirannya daripada bunyinya yang lebih kurang begini,”krekkkkkk……….krekkkkkkk”. Diperhatikan kehadiran merbah kunyit di sesuatu kawasan atau "pulau" adalah dalam bilangan yang kecil tidak seperti cak pipit, cak menggala (jelatek) atau cak raya (tempua). Ia merupakan pemastautin tetap bagi sesuatu kawasan.

Makanannya ialah buah²an masak serta ulat².

Perhatikan beberapa gerak gerinya yang menarik yang dapat saya rakamkan di Bagan Serai, Perak baru² ini.














2 comments:

littlebrickman / Ketam Bulan said...

Terima kasih atas info dan gambar.
Sebelum ini saya agak keliru antara Merbah Kunyit dengan Dendang Selayang kerana selalu nampak kelibatnya yang berwarna kuning terbang melayang.
Apa yang saya dapat lihat di sini ialah Merbah Kunyit mempunyai bulu warna putih pada sayapnya manakala Dendang Selayang pula mempunyai jalur hitam pada kedua-dua belah matanya.

Radzi said...

Dendang Selayang?? ....agaknya Burung Teras Nangka, jika di Perlis itu namanya.

Saiznya lebih besar daripada Burung Merbah Kunyit atau ia sebesar Burung Mala Kerbau dan warna bulunya kuning hampir keseluruhan badan.