Tuesday, February 16, 2010

Burung-burung Sawah : Ruak-ruak @ Wak-wak ...Part I

Ramai orang yang berminat dengan burung ruak² tapi ramai yang tidak mengetahui Akta 76. Berikut ini adalah petikan daripada Akta 76, Bab 7, Klausa 76(1) mengenai burung liar:



Setiap kali saya memandu melintasi kawasan ni mata saya liar mencari di mana burung RM5K tu berada....apabila ternampak lekas² saya mencapai kamera.....dapat le tangkap gambag burung ruak² atau wak-wak, tapi terasa gelabah bimbang ia terbang sampai tangan terketar².









Kerap orang kampong bercerita pasal pegawai daripada PERHILITAN datang membuat operasi di kampong tapi saya sendiri tak pernah melihat mereka. Saya ingin tahu waktu mereka datang membuat operasi tu bagaimanakah pakaian seragam yang mereka pakai.....atau apakah pengenalan diri bahawa mereka kakitangan dari jabatan itu? Foto tee-shirt di atas mungkin salah satu pakaian rasmi bagi anda mengenali mereka. Saya khuatir kot nanti datang kutuberahak yang menyamar sebagai pegawai jabatan itu pula.....tau² saja laa apa yang akan terjadi seterusnya! Zaman serba canggih ini orang mampu menyamar macam² pegawai. Apapun jika anda tidak bersalah mengapa harus takut siapa juga yang datang!

Kata orang burung ruak
² berhantu. Rakan saya ceritakan bagaimana keluarganya diganggu oleh insiden² yang menyeramkan pada waktu malam di kediaman mereka ketika tinggal di Kenny Hill, KL. Katanya, adik beliau telah menangkap seekor ruak-ruak yang sering berkeliaran di halaman rumah mereka. Tak pasti samada burung itu disembelihnya tetapi mulai saat itu pada waktu malam mereka sering terdengar berbagai bunyi dan pergerakan yang menyeramkan di dalam rumah mereka buat beberapa lama. Oleh itu anda harus berhati² jika menganggu hidupan liar seperti ruak².