Sunday, February 7, 2010

Burung-burung Sawah : Cak Uban

Hari ini saya nak cerita sikit mengenai burung pipit.

Keturunnan atau spesis burung pipit, tak kira la samada cak peci, cak uban atau cak pipit kepala hitam dijual di sebuah kedai burung dengan harga RM3.00 seekor. Kata penjaga kedai itu burung-burung kecil begini digunakan oleh orang Tionghua dalam upacara "semayang"..... barangkali untuk dilepaskan.

Burung-burung kecil ini biasanya di tangkap dengan menggunakan alat atau perangkap yang dinamakan jebak.

Orang tua-tua kata, jika kayu digunakan untuk menebang pohon kayu (maksudnya kapak yang digunakan untuk menebang pokok itu ulunya diperbuat daripada kayu) begitulah juga burung cak pipit denak digunakan untuk menangkap jenis burung yang sama.

Hendaknya kita manusia janganlah berkelakuan seperti burung denak kerana perbuatan denak mengajak rakan-rakannya memasuki perangkap adalah satu perbuatan yang kejam dan merupakan satu penganiyaan kepada rakan sebangsa dan agama.

Sesuai dengan panggilannya maka bulu burung Cak Uban di bahagian kepala adalah juga berwarna putih sementara bulu badannya pula berwarna coklat. Sila lihat gambar di bawah.

Saya terpaksa merakamkan gambar burung di dalam sangkar kerana sukar untuk menemui cak uban di tempat saya.

Teringat saya kepada satu ceramah di dalam kursus haji yang pernah saya hadiri 17 tahun (bersamaan 1992) yang lalu. Salah satu larangan sewaktu berihram ialah berburu. Ustaz mentafsirkan bahawa memelihara binatang liar di dalam sangkar adalah termasuk di dalam erti kata berburu. Jadi adalah wajar bagi jema’ah haji untuk melepaskan binatang liar peliharaannya seperti burung di dalam sangkar sebelum dia pergi mengerjakan ibadah haji.



Photobucket
Di dalam gambar di atas ialah burung Cak Peci sedang hinggap untuk memakan bunga rumput. Ia dinamakan Cak Peci kerana bunyinya peci....peci....

No comments: