Wednesday, February 17, 2010

Siapa Pak Mat Kayangan







Pak Mat Kayangan atau MK atau nama sebenar Mohd Sharimee begitu popular di kalangan warga anak-anak Perlis di www.anakperlis.com terutama member² lama. Ini adalah kerana tidak ada ahli ap.com setakat ini yang mengaku dengan penuh yakin tlah bersua dengan Pak Mat Kayangan yang diakui sungguh licik di dalam pergerakan di dalam melaporkan berita-berita terkini di ap.com.
Memang wajar serta padan dengan avatar James Bond yang digunakan oleh Pak Mat Kayangan di dalam forum ap.com.


Tindakannya sepantas kilat, belum pun keluar berita di TV tapi di ap.com insyaAllah sudah ada. Pak Mat Kayangan merupakan forumer (dan juga moderator) paling top dari segi bilangan pos yang disubmit ke ap.com.

Pak Mat Kayangan difahamkan bertugas sebagai seorang jurutera di Perlis Power Plant. Di sinilah juga anak penakan mudrizwan berkerja dan beliau merupakan seorang kawan rapat kepada Pak Mat Kayangan. Anak penakan mudrizwanlah yang bertanggungjawab mengheret Pak Mat Kayangan masuk perangkap hari tu.

Beberapa tahun lepas sorang forumer anak Perlis yang sudah berpuluh tahun tinggal di Los Angeles, Amerika Syarikat, namanya Azizan (nama sebenar, lihat gambar beliau bersama Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor), dengan jayanya membongkar rahsia siapa Pak Mat Kayangan dan telah menyiarkan gambarnya di halaman forum ap.com. Tapi sayang tak berapa lama selepas itu gambar Pak Mat Kayangan lesap daripada halaman itu. Ramai yang tidak menyedarinya hingga ke hari ini.

Di sebelah ialah wajah Pak Mat Kayangan yang berjaya dibongkar oleh Azizan. Nampaknya kebolehan Azizan pun cukup mengagumkan. Sebab itulah agaknya Amerika beri kebenaran untuk beliau tinggal di sana, tahniah!

Pada hari Ahad, 14/2/2010, Pak Mat Kayangan tidak dapat lari lagi. Kehadirannya di rumah kenduri aqiqah rakan pejabatnya di Hutan Kandis, Arau, di sana beliau telah terperangkap di dalam perangkap yang dipasang oleh mudrizwan, iaitu salah seorang member ap.com yang cukup berminat dengan Pak Mat Kayangan. Kata mudrizwan secara berseloroh dia telah pasang perangkap guna umpan kambing boer hikhik...

Di atas sekali adalah di antara foto-foto yang dapat ditangkap curi oleh pemberita kita....pemberita kita pun cekap juga, syabas!

Pak Mat Kayangan seorang bertubuh besar, kiranya dia termasuk dalam kategori heavyweight la....macam ahli tinju legenda Muhammad Ali! Wajah Pak Mat iras-ras MB Pahang.


Dalam perbualan telefon dengan saya Pak Mat Kayangan, 44 tahun, memberitahu bahawa dia mempunyai 7 orang anak dan difahamkan bahawa anak bongsunya kembar. No wonder la dia sorong trolley kembar dalam gambar di atas. First time nampak trolley yang begini, beli di Siam kot!

Harap Pak Mat Kayangan tidak marahkan saya kerana siarkan gambarnya di sini sebab di tempat lain di alam maya ini Pak Mat Kayangan akan "delete" gambar wajah dia atau di"cut" di bahagian muka supaya Pak Mat Kayangan tetap misteri!


Dikemaskini: 21 Mac 2013
Sejak www.anakperlis.com tidak wujud di alam maya kita sudah kehilangan Pak Mat Kayangan walaupun beliau mempunyai akaun Facebook namun beliau seperti sudah tidak mahu lagi melakukan kegiatan yang dilakukan sebelum ini di alam maya.







5 comments:

Radzi said...

Salaam kepada Pak Mat Kayangan,
Kalau Pak Mat masuk mai tang ni harap dapat tulis sepatah dua kata-kata. Jangan lenyapkan blog ni sudah laa hikhik.

affacino said...

laa...ni ka mat kayangan... selalu sangat la dok berjerembab.. dah lama dah syak sebab penah nampak pak mat amik gambaq santai cafe masa saya dok makan situ, dok tak dok keluaq gambaq masa tu kat anakperlis.com...

Radzi said...

kah..kah..kah..Pak Mat memang suka buat suspense.
Lepas ni kalau jumpa dia di mana-mana, pastikan affacino pula yang tangkap gambag candid shot dia dan boh dalam AP.com.
Pelanduk mungkin terlupakan jerat tapi jerat tidak pernah lupakan pelanduk hehe!

Sya-Hanim Husni said...

Punya la dok tunggu nk tgk rupa pak mat k lagu mana....dapat gak la kelih tang nih....tima kasih la pak razzi....

lepaih ni ma blk kpg kena perati betoi2 kot terjerembab dgn pak mat k tang mana2. cek plak nk tangkap dia boh lam blog.

i lebiu la pak razzi.... :D

Radzi said...

hikhik, tenkiu Che Yah.
Lama dah saya boh cerita Pak Mat tang ni tapi tak berani nak buat pengumuman dalam ap.com pasai Pak Mat hang tu bukan calang2 orang, kot satni dia hantag mai scud habih punah laa....