Monday, February 15, 2010

Burung-burung Sawah : Belatuk


Orang kita berikan nama “bela”..“tuk”. Namun burung ini jarang sekali kita dengar orang membẽlanya.

“Tuk” mungkin untuk menerangkan kegiatan burung ini yang suka patuk-patuk. Mematuk bukan sembarangan tetapi mematuk kayu yang keras bagi mendapatkan ulat di dalamnya. Ini menunjukkan bahawa paruhnya tajam lagi keras!

Dengan aksi belatuk yang sedemikian kita akan melihat lobang-lobang yang dihasilkan di dahan atau pohon besar akibat patukan si belatuk.

Belatuk tidak hinggap di pohon padi atau di atas tanah.

Sesetengah lobang itu mungkin merupakan sarang si belatuk itu sendiri.

Burung belatuk jarang lagi dapat kita lihat hari ini. Mungkin hampir pupus atau sudah lari bermastautin di hutan belantara.

Nota: Gambar burung belatuk di atas adalah ehsan daripada sdr mudrizwan yang berjaya mengejar dan menangkapnya di Teluk Rubiah, Perak D.R.

No comments: