Apabila dia ternampak saya sedang menenang kamera ke arahnya dia agak malu-malu sikit dan sembunyikan diri di sebalik ranting.
Saya tanyakan rakan-rakan ke sana ke mari, ada yang kata itu burung gagak. Setelah saya bertanya kepada seorang warga emas, dia memberitahu bahawa burung itu ialah burung kuwau. Selepas itu barulah saya perasan bunyinya kuwau....kuwau....
Kedatangan burung kuwau sering dikaitkan dengan kedatangan musim kemarau di utara tanahair. Tetapi tidak begitu pula nampaknya dengan keadaan di tempat tinggal saya di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, Selangor D E.
Saya mengandaikan bahawa yang berbulu borek itu ialah burung kuwau betina. Bunyinya berbeza (tak dapat saya nak menirunya ketika ini) dan ia tidak agresif seperti yang berbulu hitam. Seorang rakan saya secara berseloroh berkata itu mungkin burung kuwau jantan yang "lembut" ha ha ha.... sungguh tak disangka burung jantan pun ada juga yang lembut rupanya! ha ha ha.
Bercakap mengenai burung kuwau ia begitu sinonim dengan kelantangan suara. Suara kuwau boleh didengar sehingga setengah (½) km.
Sehubungan dengan kelantangan suara kuwau ini tidak mustahil jika ada di antara anda atau anak² anda yang mengalami masalah bila bercakap suara tak mahu keluar sepenuhnya, kerengkong banyak gelema (kahak) atau apabila bercakap di khalayak ramai (public speaking) selalu suara tak mahu keluar juga, kenapa tidak cuba memakan buah kelapa hiasan sebagai mengambil iktibar daripada cerita burung kuwau ini. Mungkin buah kelapa hiasan boleh menjadi penawarnya siapa tahu! Saya cadangkan anda tidak perlu memakan kesemua sekali buah kelapa tersebut, memadai dengan “menggisey” kulit/sabutnya di dalam mulut anda atau dikikis kulit/sabut dengan pisau, kemudian direbus dan minum airnya. InsyaAllah tak mabuk kot kerana kuwau yang memakannya juga masih berterbangan.
Memandangkan rasanya yang kelat, buah ini boleh menyebabkan anda batuk jika dimakan. Kepada sesiapa yang mengidap penyakit lelah lebih baik usah dicuba memakan buah ini. Bahaya! Biar kuwau saja yang memakannya ha ha.
Bergurau kita bergurau juga tapi jikalau terdapat kemungkinan akan memerbahayakan kesihatan kita kena bagitau cepat². Maka sekarang saya bagitau laa kepada para pembaca ha ha.